Norizan binti Mat Jusoh. Itulah nama ibu kami semua dekat maktab ni yang paling kami sayang. Ibu kami merupakan seorang ibu yang penyayang, pendidik dan pembakar semangat kami untuk belajar dengan lebih gigih di maktab ini. Beliau banyak membantu kami untuk mencapai kejayaan dalam homeroom . Beliau juga banyak memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang , nasihat , tenaga dan sebagainya . Beliau seorang ibu yang sentiasa menyokong kami dari belakang . Kami sangat menghargai segala usaha dan jasa pengorbanan beliau selama ini . Beliau juga sangat mengambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak homeroom beliau . Ibu juga seorang yang 'open minded' kerana beliau sentiasa bersetuju dengan rancangan-rancangan kami untuk pergi lawatan bersama kelas atau homeroom . Terima kasihh cikguu ~ we lovee youuuu :))

No comments:
Post a Comment