Tarbiah untuk hari ni.. =)
Bismillahhirahmannirahim. .
“Ustaz, macamana nak tegur kawan kita, pada masa yang sama,
dia tak terasa? Saya takut nak tegur kawan saya, takut-takut, dia akan jauhkan
diri dia dari saya…Huhu..”
Hmm..
Saya kira, ramai di kalangan kita takut nak menegur kawan,
takut nak buat dakwah, takut nak post dan twit benda baik kat media sosial,
sebab takut orang terasa, takut orang kutuk, takut orang benci, takut orang
pulau kita dan sebagainya. Sungguh, ramai sangat yang fikir macam ni, yang mana
akhirnya, akibat dari “perasaan takut” ini, ramai sangat yang tinggalkan
dakwah, lalu, akhirnya hanyut di buai nafsu, terpengaruh dengan kawannya yang
buat dosa dan maksiat.
Jadi, apakah penyelesaian tentang perkara ini?
Yelah, kita semua pun tahu, dakwah tu hukumnya WAJIB. Kita
layak tak layak tu lain cerita. Actually, kalau kita ni ISLAM, kita dah di kira
layak untuk dakwah. Isu amal taka mal, cakap tak serupa bikin dan yang sama
waktu dengannya, saya dah ulas panjang lebar dalam buku Tarbiah Sentap 1, dalam
bab 4.
Kali ni, saya nak terangkan secara detail tentang isu
“dakwah tanpa orang terasa”, step by step. Saya harap sangat, korang boleh
dapat manfaat, faham secara lumat, dan moga ianya membuatkan korang rasa berani
dan kuat!
Jom kita hayati, amati, fahami, satu per satu.
Saya akan ulas subtopik ni dalam bentuk point. Take note
satu persatu ye:)
1) DAKWAH ITU MEMANG AKAN MEMBUATKAN ORANG TERASA.
“Ha? Apa? Biar betul?!”
Ye. Betul.
Memang bila kita menegur, orang yang di tegur akan terasa.
Percayalah. Korang pernah kena tegur tak? Korang terasa tak dengan teguran tu?
Komfem korang terasa punya. Jangan tipu diri sendiri.
Kenapa terasa?
Saya bagi perumpamaan mudah untuk korang boleh faham.
Bayangkan, kalau bilk tidur korang gelap sebab korang tutup
lampu nak tidur. Tiba-tiba, ada kawan korang masuk bilik korang dan bukak
lampu. Mesti mata korang akan sakit kan? Sebab dah lama duduk dalam gelap,
tiba-tiba ada cahaya masuk. Sakit kot mata…
Tapi, sakit tu sekejap je. Lama-lama, mata kita akan normal
balik. Dalam subjek sains ada ulas topic ni. Cuba ulangkaji. Hehe..
Anyway, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?
Actually, kegelapan tu ibarat dosa. Dan cahaya lampu tu
ibarat teguran kita. Awal-awal, bila kena tegur, memang hati kita akan sakit,
kita akan terasa, sebab kita dah lama buat dosa(kegelapan), lepas tu orang
tegur(cahaya), kita akan terasa lain macam.
TAPI, kalau kita rasional, dan tak ego, kita akan terima
teguran tu. Walaupun yang tegur tu ialah orang yang paling kita tak suka.
Sebab, kita jangan pandang orang yang menegur, tapi, pandanglah apa yang di
tegur.
So, nak buat macamana??
Bila kita tegur dengan cara lembut ke, cara tegas ke, orang
akan tetap terasa. Percayalah. Tapi, yang membezakan orang beriman dengan orang
yang tak beriman ialah bagaimana respon kita setelah di tegur.
a) Orang beriman, dia akan mengambil manfaat dari teguran
tu.
وَذَكِّرْ
فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat
bagi orang-orang yang beriman…”
(Az-Zariyat: 55)
b) Orang Kafir takkan terima teguran tu.
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ
عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ
لاَ يُؤْمِنُونَ
“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama sahaja, kamu
menegur mereka atau kamu tak menegur mereka, mereka takkan beriman….”
(Al-Baqarah: 6)
c) Orang munafiq pulak, dia pura-pura terima, tapi hati
mereka menolak, lepas tu kutuk belakang.
وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ
قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ
إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكْمْ
إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang beriman, mereka
berkata, ‘Kami telah beriman’. Tetapi apabila mereka kembali kepada
syaitan-syaitan mereka(para pemimpin, rakan dan lain-lain), mereka berkata:
‘Sesunggunya kami bersama kamu(orang beriman) hanyalah olok-olok sahaja…”
(Al-baqarah: 14)
So, kesimpulannya, orang terasa dengan teguran kita tu
adalah fitrah, normal, dan tak boleh di elak.
Jangan sedih.
No comments:
Post a Comment